Showing posts with label Tips Cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips Cantik. Show all posts

18 October 2018

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan

Lemon merupakan salah satu daripada buah sitrus yang kaya vitamin C. Selain daripada digunakan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan, buah lemon juga amat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. 

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan - Gambar kredit:rappler.com

Beberapa khasiat lemon untuk kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut:

Lemon sebagai antiseptik

Lemon digunakan sebagai antiseptik semulajadi yang dapat mengatasi masalah kulit. Minum perahan air lemon setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa masalah jerawat. 

Lemon untuk menurunkan berat badan

Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, amalkan minum air perahan lemon yang dicampurkan dengan sedikit madu pada setiap pagi sebelum sarapan pagi. Ini sekaligus dapat menyingkirkan toksin keluar dari badan melalui proses detokfikasi. 

Lemon untuk merehatkan minda

Bau lemon yang segar dapat mengawal tekanan darah, mengurangkan rasa pening serta mual dan merehatkan minda. Aroma lemon juga telah digunakan sebagai semburan penyegar serta pewangi kediaman dan kereta. 

Lemon untuk ibu hamil

Lemon dapat mengurangkan alahan yang dialami oleh ibu hamil seperti mual dan loya. Perah sedikit lemon di dalam air suam dan minum airnya. 

Lemon untuk jantung dan buah pinggang

Lemon mengandungi kalium yang dapat membantu penghidap sakit jantung. Jus lemon juga dapat meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru serta meningkatkan pembuangan air kencing dan membersihkan buah pinggang. 

Selain daripada aromanya yang menyegarkan, lemon juga mempunyai rasa yang enak bagi menambah selera makan anda. Oleh itu, usah ragu-ragu untuk mengambil lemon kerana pasti banyak manfaat yang akan anda perolehi. 

^_^

10 November 2015

Makanan untuk Gigi Cantik

Assalamualaikum, 

Selain dari memiliki wajah yang cantik, gigi yang cantik juga penting kepada seseorang. Gigi yang cantik dan putih menunjukkan pemiliknya seorang yang pembersih. Di samping itu juga, ianya pasti akan meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Makanan untuk Gigi Cantik

Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai mencegah nafas berbau di dalam entri yang lalu. Beberapa makanan untuk gigi cantik adalah seperti berikut:

Susu untuk gigi cantik

Susu kaya dengan kalsium dan fosfor yang baik untuk menguatkan enamel gigi. 


Ikan Salmon untuk gigi cantik

Kandungan asid lemak omega 3 dan fosfor di dalam ikan Salmon juga bermanfaat menguatkan enamel gigi. 


Lobak merah dan epal untuk gigi cantik

Lobak merah dan epal mampu untuk menanggalkan plak pada gigi serta merangsang air liur untuk membersihkan gigi. 


Strawberi  untuk gigi cantik

Kunyah strawberi kerana ia menghasilkan asid malik apabila dikunyah yang bermanfaat untuk memutihkan gigi. 


Nanas  untuk gigi cantik

Enzim semulajadi di dalam nanas berfungsi menghilangkan plak gigi sekaligus menyingkirkan bakteria yang melekat pada gigi. 


Selain daripada pemilihan makanan untuk gigi cantik seperti di atas, penjagaan gigi secara rutin iaitu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari juga adalah perlu bagi mendapatkan gigi yang cantik dan putih. 

^_^

24 October 2015

Luruskan Rambut Secara Tradisional

Assalamualaikum, 

Kini terdapat pelbagai teknologi moden untuk meluruskan rambut. Namun kekerapan meluruskan rambut boleh menyebabkan rambut rosak akibat penggunaan bahan kimia. Apa kata sesekali cuba gunakan kaedah tradisional untuk meluruskan rambut.

Luruskan Rambut Secara Tradisional

Kini anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan tidak lagi bimbang dengan bahan kimia berbahaya untuk mendapatkan rambut yang lurus. Cuba gunakan kaedah tradisional seperti berikut:

Luruskan rambut dengan telur

Campur dua biji telur dengan sedikit tepung gandum. Gaul sebati sehingga menjadi pes. Lembapkan rambut anda dengan sedikit air dan sapukan pes tadi di seluruh rambut sehingga rata. 


Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan pes kering di rambut selama lebih kurang 30 minit. Akhirnya bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu. 


Luruskan rambut dengan santan kelapa

Perah pati santan daripada sebiji kelapa. Campurkan pati santan ini dengan sedikit perahan air limau nipis. Simpan campuran di dalam peti sejuk sehingga ia bertukar menjadi krim pekat. 


Sapukan krim santan pekat ini di kulit kepala dan seluruh rambut. Biarkan selama lebih kurang satu jam. Akhirnya bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. 


Semoga perkongsian tips meluruskan rambut secara tradisional ini boleh dicuba sendiri di rumah. Lakukan secara konsisten dan pasti akan melihat perubahannya. Jika anda ada cara tradisional yang lain untuk luruskan rambut bolehlah kongsikan di sini. 

^_^

12 September 2015

Manjakan Wajah di Rumah

Assalamualaikum, 

Kesibukan tugasan seharian mungkin menghadkan waktu untuk memanjakan kulit wajah di pusat kecantikan. Apa kata sesekali manjakan wajah anda di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang memang tersedia di dapur anda.

Manjakan Wajah di Rumah
Manjakan Wajah di Rumah
Waktu hujung minggu amat sesuai untuk memanjakan kulit wajah di rumah. Beberapa kaedah memanjakan wajah di rumah adalah seperti berikut:

Skrub wajah di rumah

Campurkan tiga sudu besar susu bersama tiga sudu besar madu dan satu sudu kecil oat di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Sapu rata skrub ini ke seluruh wajah dan urut lembut dengan dua hujung jari selama satu hingga dua minit dengan gerakan dari bawah ke atas. Bilas wajah dengan air suam. 


Masker wajah di rumah

Campurkan dua sudu besar mayonis dengan air perahan lemon. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Selain daripada mengecilkan pori, ia juga berfungsi sebagai pelembap.


Krim wajah di rumah

Kisar sebiji pisang (boleh guna semua jenis pisang) menjadi krim. Sapu rata pada wajah dengan gerakan dari bawah ke atas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudiannya air bersih. Anda akan merasakan kulit lebih segar dan tegang. 


Anda boleh melakukan sendiri rawatan mencantikkan wajah seperti di atas sambil bersantai pada hujung minggu di rumah. Selain tidak mengandungi bahan-bahan kimia, ianya juga selamat digunakan dan semestinya membantu anda berjimat. 

^_^

21 February 2014

Merawat Bibir Kering

Assalamualaikum, 

Cuaca panas pada masa kini menyebabkan badan kekurangan air dan seterusnya bibir akan menjadi kering. Bibir yang kering tentunya akan memburukkan penampilan diri kita. Sebelum ini dibincangkan cara merahkan bibir secara semulajadi

Merawat Bibir Kering
Merawat Bibir Kering (Gambar hiasan) - bonaclara.com
Selain memakai pelembap bibir yang banyak dijual di pasaran, anda boleh mencuba menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat bibir kering seperti berikut: 

1. Rawat bibir kering dengan lemon dan madu
Ambil air perahan lemon dan campurkan bersama sedikit madu. Sapukan pada bibir anda. 

2. Rawat bibir kering dengan minyak kelapa dara
Sapukan bibir yang kering dengan sedikit minyak kelapa dara setiap kali sebelum tidur. 

3. Rawat bibir kering dengan tomato
Belah sebiji tomato dan ambil isinya. Sapukan isi buah tomato itu di bibir anda. 

4. Rawat bibir kering dengan timun
Potong timun dalam bentuk hirisan dan sapukan di bibir anda yang kering. 

5. Rawat bibir kering dengan lidah buaya
Ambil lendir lidah buaya dan sapukan terus ke bibir anda. 

Oleh itu, banyak bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat bibir kering. Yang penting, minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan badan kekeringan. Sebelum ini juga telah dibincangkan petua sihat dengan air putih

 ^_^

18 February 2014

Kerosakan Rambut

Assalamualaikum, 

Setiap orang pasti ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik bersinar. Namun kerosakan rambut akan tetap terjadi jika rambut tidak diuruskan dengan baik. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai makanan untuk rambut kusam

Kerosakan Rambut
Kerosakan Rambut (Gambar hiasan) - beautise.com
Kali ini akan dibincangkan mengenai kerosakan rambut. Faktor yang menyebabkan kerosakan rambut adalah seperti berikut:

1. Kerosakan rambut akibat tekanan
Tekanan boleh menyebabkan akar rambut menjadi rosak. Jika kuantiti rambut rosak 100-150 helai sehari adalah masih normal. 

2. Kerosakan rambut akibat trauma
Trauma terjadi apabila terdapat rangsangan yang kuat apabila rambut ditarik, direntap atau terdedah kepada suhu yang ekstrem.  

3. Kerosakan rambut akibat kelemumur
Masalah kelemumur akan melemahkan akar rambut anda dan seterusnya menyebabkan rambut rosak serta tidak bermaya. 

4. Kerosakan rambut akibat cuaca panas
Cahaya matahari terik atau rawatan kimoterapi boleh menyebabkan rambut rosak. Jika anda berusia 45 tahun ke bawah, masih belum terlewat melakukan rawatan intensif membaiki rambut rosak. 

5. Kerosakan rambut akibat hormon
Hormon dan metabolisme di dalam badan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan kerosakan terhadap rambut anda.

6. Kerosakan rambut akibat penggunaan syampu yang salah
Penggunaan syampu yang tidak sesuai untuk rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. 

7. Kerosakan rambut akibat meluruskan rambut
Ketika proses meluruskan rambut, pelbagai bahan kimia digunakan. Kekerapan meluruskan rambut akan merosakkan akar rambut. 

Oleh itu, rambut yang rosak perlulah dirawat dengan segera. Sebelum ini juga telah dibincangkan mengenai kaedah rawatan secara tradisional dan santan kelapa untuk rambut gugur. Bagi wanita bertudung, penjagaan rambut wanita bertudung juga adalah perlu.  

 ^_^

12 January 2014

Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata

Assalamualaikum,

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Ianya terjadi mungkin disebabkan oleh keletihan, pertambahan usia atau tidak cukup tidur. Sebelum ini telah dibincangkan makanan untuk mata

Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata
Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata (Gambar hiasan) - glamour. com
Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata adalah seperti berikut:

1. Hilangkan lingkaran hitam bawah dengan mata teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit. 

2. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan timun/ kentang
Potong nipis sebiji timun dan lekapkan hirisan timun itu di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Boleh juga gunakan kentang dan caranya sama seperti timun. 

3. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan daun pudina
Lenyekkan beberapa helai daun pudina segar dan letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas sdengan air.

4. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan madu
Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. Boleh dilakukan sebelum tidur. 

Walaupun telah banyak produk kecantikan yang mampu menutup lingkaran hitam bawah mata, ada baiknya jika sesekali anda memanjakan diri dengan melakukan perawatan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tersedia di dapur. 

^_^

02 January 2014

Merahkan Bibir secara Semulajadi

Assalamualaikum,

Wanita dan alat solek pasti tidak dapat dipisahkan. Selain daripada pemilihan bedak yang sesuai dengan kulit muka, gincu juga penting di dalam menyerlahkan bibir. Namun adakalanya bibir akan berubah menjadi warna gelap disebabkan oleh gincu.

Merahkan Bibir secara Semulajadi
Merahkan Bibir secara Semulajadi (Gambar hiasan) - nmglabs. com
Sebelum ini dibincangkan mengenai cara melembutkan tangan. Untuk memerahkan bibir secara semulajadi, anda boleh mencuba seperti berikut:

1. Merahkan bibir dengan madu
Ambil sedikit madu dan sapukan di bibir anda setiap kali sebelum tidur. Apabila bangun keesokan pagi bolehlah dicuci bersih.

2. Merahkan bibir dengan air putih
Pastikan pengambilan air yang mencukupi (melebihi 8 gelas setiap hari) bagi mengelakkan kekeringan. Air yang mencukupi dalam badan akan membuatkan bibir kelihatan segar.

3. Merahkan bibir dengan ubat gigi
Ambil sedikit ubat gigi dan sapu rata pada bibir anda. Biarkan ia mengering lebih kurang 2-3 minit dan bilas dengan air bersih. 

Oleh itu, banyak lagi cara untuk merahkan bibir secara semulajadi yang boleh dipraktikkan sendiri di rumah. Apa yang penting penting ianya perlu dilakukan secara konsisten pada setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

*Tips : Elakkan membeli gincu atau pelembap bibir yang ada bau (selalunya bau buah-buahan yang sedap) kerana kandungan bahan kimia di dalamnya adalah tinggi. Lama-kelamaan pasti bibir akan bertukar menjadi warna gelap. 

^_^

19 December 2013

Cara Melembutkan Tangan

Assalamualaikum,

Setiap hari pasti kita akan menggunakan tangan untuk melakukan tugas seharian sama ada ketika di rumah atau bekerja. Memiliki tangan yang lembut dan halus pasti menjadi idaman setiap wanita. Sebelum ini dibincangkan cara rawat tumit pecah

Cara Melembutkan Tangan
Cara Melembutkan Tangan (Gambar hiasan) - bestwayguides. com
Selain menyapukan losyen dan rawatan di spa, anda boleh mencuba beberapa cara melembutkan tangan dengan menggunakan bahan semulajadi seperti berikut:

1. Melembutkan tangan dengan minyak zaitun
Campurkan 3 sudu besar garam laut bersama 2 sudu besar minyak zaitun. Gosokkan adunan di tangan dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih. 

2. Melembutkan tangan dengan minyak kelapa dara
Boleh sapukan minyak kelapa dara di tangan anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih (boleh juga menggunakan minyak kelapa biasa). 

3. Melembutkan tangan dengan pisang masak
Ambil sebiji pisang masak dan lenyekkan ia bersama sedikit mentega. Sapukan pada tangan dan biarkan sehingga ia mengering. Kemudian bilas dengan air bersih.

4. Melembutkan tangan dengan oat
Ambil 2 sudu besar oat dan bancuhkan dengan sedikit air sehingga pekat. Tambahkan 2 sudu besar minyak zaitun dan 2 sudu besar perahan lemon. Gosokkan adunan pada tangan serta biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. 

5. Melembutkan tangan dengan tepung jagung
Campurkan 6 sudu besar tepung jagung bersama air suam. Rendamkan tangan selama 5-10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

Tidak salah mencuba melembutkan tangan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti di atas. Semua bahan-bahan itu sebenarnya telah tersedia di dapur. Atau cara paling mudah hanya dengan menggunakan losyen untuk melembutkan tangan. 

 ^_^

17 December 2013

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Assalamualaikum,

Bertudung bukanlah alasan untuk wanita mengabaikan penjagaan rambut. Rambut yang sihat bukan sahaja membuatkan kita rasa lebih selesa, tetapi ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini telah dibincangkan rawatan rambut secara tradisional

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Penjagaan Rambut Wanita Bertudung (Gambar hiasan) - fashionelan. com
Beberapa cara mudah yang boleh dilakukan pada setiap hari bagi penjagaan rambut wanita bertudung adalah seperti berikut:
  • Syampu rambut secara berkala. Urut kulit kepala perlahan-lahan dengan menggunakan hujung jari dan pastikan tiada sisa syampu yang tertinggal. 
  • Pastikan rambut dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum memakai tudung. 
  • Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah bagi mengelakkan ia menjadi rosak. 
  • Ketika di rumah pastikan rambut terlerai tanpa diikat untuk membiarkan kulit kepala bebas bernafas. 
  • Sikat rambut perlahan-lahan setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. 
Oleh itu penjagaan rambut secara rutin adalah perlu bagi memastikan kebersihan dan kesihatan rambut berada di tahap yang memuaskan. Anda boleh juga mencuba kaedah perawatan menggunakan santan kelapa untuk rambut gugur


^_^

12 December 2013

Rawat Tumit Pecah

Assalamualaikum, 

Setiap hari kita banyak menggunakan kaki untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Situasi ini akan menyebabkan tumit pecah. Tambahan pula jika memakai kasut bertumit tinggi dan berat badan bertambah. Sebelum ini dibincangkan cara hilangkan jerawat

Rawat Tumit Pecah
Rawat Tumit Pecah (Gambar hiasan) - www.triadfoot. com
Masalah ini pasti akan bertambah teruk sekiranya kita kekurangan air di dalam badan yang menyebabkan tapak kaki menjadi kering. Berikut beberapa kaedah tradisional untuk rawat tumit pecah yang boleh dilakukan di rumah:

1. Rawat tumit pecah dengan belimbing buluh
Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan gosokkan di tumit kaki. Beruskan dengan berus lembut bagi menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit yang mati dan bilas kaki anda. 

2. Rawat tumit pecah dengan asam keping
Masukkan beberapa keping asam keping dan perahan air limau nipis di dalam bekas berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit dan keringkan kaki. Lakukan pada setiap hari sehingga rekahan pada tumit kaki hilang.

3. Rawat tumit pecah dengan buah betik muda
Kupas buah betik muda dan ambil getahnya. Sapu rata pada tumut kaki yang pecah. Lakukan setiap hari sehingga rekahan di tumit hilang. 

4. Rawat tumit pecah dengan batu sungai
Rendamkan kaki di dalam air suam selama 5 minit. Kemudian ambil sebiji batu sungai dan gosokkan pada tumit kaki yang pecah. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati di kaki anda.


5. Rawat tumit pecah dengan nasi suam

Nasi suam juga bermanfaat untuk rawat tumit pecah. Ambil beberapa biji nasi suam dan lenyekkan pada tumit kaki pecah. Perlu lakukan setiap hari sehingga rekahan hilang. 

Banyak lagi cara untuk rawat tumit pecah yang boleh dilakukan di rumah hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur. Apa yang penting ianya perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Selamat mencuba.. 

* Nota: Pastikan juga air di dalam badan mencukupi dan kawal berat badan sentiasa unggul

^_^

30 November 2013

Cara Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum, 

Ketika zaman remaja dulu aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius. Pelbagai produk kecantikan telah dicuba pada waktu itu namun tidak berkesan. Akhirnya cara hilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi juga yang berkesan.

<img alt="HTML5" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9CguHve5orP7z5aovpoJ6pBxdTWA41hbfCWdbK_YlzKLffLsf7TkiN4x07E7MAweJVu7KUPUlhHmSz26gfj8jKUrk_HEzhksGAWoD-iG5jb2CpTAX7WJdjZ5cmnNLmBMLId7YDByAhhZG/s1600/cara-hilangkan-jerawat.jpg" />
Cara Hilangkan Jerawat (Gambar hiasan) - thegreenbeautyguide. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai rawatan rambut secara tradisional. Berikut beberapa cara yang telah aku lakukan untuk hilangkan jerawat:

1. Hilangkan jerawat dengan air  basuhan beras
Ambil air basuhan beras dan basuh muka anda sambil berselawat tiga kali. Biarkan ia mengering sendiri dimuka dan bilas dengan air suam. 

2. Hilangkan jerawat dengan asam jawa dan kunyit
Tumbuk sedikit kunyit hidup dan campurkan dengan air asam jawa. Sapukan di muka anda pada setiap malam dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bolehlah basuh muka anda dengan air. 

3. Hilangkan jerawat dengan tomato
Ambil sebiji tomato bersaiz sederhana dan belah kepada dua. Sapukan isi buah tomato itu di muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas muka dengan air.

Sebenarnya banyak lagi cara semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka. Jangan biarkan masalah jerawat di muka menjejaskan penampilan diri. 

Cara Hilangkan Jerawat


Oleh itu usah berputus asa untuk terus mencuba. Keberkesannya cara hilangkan jerawat yang dikongsikan ini mungkin juga bergantung kepada jenis kulit. Tidak salah cuba menggunakan bahan-bahan semulajadi. Selamat mencuba.. 

 ^_^

14 November 2013

Rawatan Rambut secara Tradisional

Assalamualaikum,

Walaupun pelbagai jenama syampu dan perapi terdapat di pasaran, sesekali dengan mengamalkan rawatan rambut secara tradisional pasti lebih menjimatkan. Jika tinggal di kampung, bahan-bahan ini hanya boleh didapati di sekitar rumah anda.

Rawatan Rambut secara Tradisional
Rawatan Rambut secara Tradisional (Gambar hiasan) - Google
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai makanan untuk rambut kusam. Berikut beberapa kaedah rawatan rambut secara tradisional:

Mencegah kelemumur secara Tradisional
Hancurkan tiga biji buah mengkudu dan buah zaitun yang masak dengan air panas. Sapukan rata di kepala anda dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air limau nipis. Lakukan setiap hari selama dua minggu. 

Melembutkan rambut secara Tradisional
Ramas secekak kangkung dengan enam sudu besar air suam sehingga ianya mengeluarkan lendir. Sapukan di seluruh rambut dan biarkan seketika. Bilas rambut dengan air dan lakukan selama dua minggu.

Merawat rambut gugur secara Tradisional
Panaskan sedikit santan kelapa (sederhana pekat). Sapukan di kulit kepala anda dan urut perlahan-lahan selama 10 minit. Tutup dengan tuala atau shower cap selama 1 jam. Bilas rambut dengan air dan lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Petua ini aku pernah tulis dalam entri ini.

Melebatkan rambut secara Tradisional
Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir. Campurkan lendir berkenaan dengan sebiji telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Sapukan pada rambut anda dan tutup dengan tuala atau shower cap selama 10 minit. Bilas rambut dengan air dan lakukan selama dua minggu.

Rawatan rambut secara tradisional ini pastinya lebih selamat kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi. Selamat mencuba..

Rujukan: Buku Hanya Untuk Wanita (2011), Norfadilawati Shamsawi, Alaf 21 Sdn. Bhd. 

 ^_^

08 September 2013

Santan Kelapa untuk Rambut Gugur

Assalamualaikum, 

Satu ketika dahulu rambut aku mempunyai masalah keguguran yang serius. Setiap kali menyisir rambut pasti terdapat gumpalan rambut pada sikat. Sebelum itu aku pernah membuat teknik rebonding bagi meluruskan rambut. Mungkin itulah punca utama keguguran rambut aku. 

Keguguran rambut
Keguguran rambut (Gambar hiasan) - Google
Penggunaan syampu juga tidak lagi berkesan untuk menyelesaikan masalah aku. Sehinggalah aku mencuba petua tradisional yang aku dapat dari seorang opah di kampung aku. Walaupun umurnya dah mencecah 80 tahun, tiada satu pun rambutnya yang beruban atau gugur. 

Berikut aku kongsikan petua tradisional yang aku dapat dari beliau hanya dengan menggunakan santan kelapa:
  1. Masukkan santan kelapa (sederhana pekat) ke dalam periuk kecil. Masak di atas api sederhana selama  lebih kurang 10 minit (kacau bagi mengelakkannya mendidih).
  2. Sikat rambut supaya tidak kusut. Lilitkan tuala/plastik di sekeliling leher dan bahu (untuk mengelakkan santan meleleh terkena pada pakaian).
  3. Ambil sedikit santan suam dengan hujung jari dan sapu ke rambut dan kulit kepala (sapu sehingga basah keseluruhan rambut). Picit kulit kepala perlahan-lahan selama lebih kurang 10 minit. 
  4. Bungkus rambut dengan tuala kering (aku guna shower cap) selama 1 jam. 
  5. Cuci rambut seperti biasa dengan syampu dan bilas. Keringkan rambut dengan menggunakan tuala kering. 
Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk hasil yang berkesan. Pemakanan yang seimbang dan kurangkan stress juga penting untuk kesihatan rambut. Selamat mencuba..

^_^

20 June 2013

Aura Bunga Mengikut Warna

Assalamualaikum,

Bunga-bungaan - Google
Mandi bunga seringkali dikaitkan dengan kepercayaan khurafat. Namun, sebenarnya warna setiap bunga yang digunakan untuk mandi mengandungi aura tersendiri. Warna bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran yang seterusnya memberi kesan terhadap emosi. 

Aura bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi dalaman badan kita. Aura yang sihat penting untuk mengekalkan keharmonian tubuh supaya kekal sihat dan bebas dari unsur negatif selain dapat menghilangkan tekanan.

1. Merah
Berfungsi sebagai aura tahap kesihatan tubuh.

2. Jingga 
Berfungsi sebagai aura pengawal emosi dan perasaan manusia.

3. Kuning 
Berfungsi sebagai aura minda luar sedar dan fizikal badan.

4. Hijau 
Berfungsi sebagain aura pengalir tenaga dari dalam ke luar dan sebaliknya.

5. Biru 
Berfungsi sebagai aura kesihatan tubuh fizikal.

6. Indigo (biru nila)
Berfungsi sebagai melampaui pancaindera dan membolehkan kita mendapat ilham.

7. Violet (ungu)
Berfungsi sebagai aura yang menghubungkan tenaga alam terus ke lapisan aura.

Oleh itu, ketujuh-tujuh gelombang warna ini bergetar dan memancarkan cahaya bagi keharmonian semua sistem rohani dan jasmani kita. 


(Auto publish)
^_^

18 June 2013

Hargai Kecantikan Dalaman Diri Anda

Assalamualaikum,

Kecantikan dalaman
Jagalah kecantikan dalam diri - Google
Selain daripada kecantikan luaran, kecantikan dalaman diri juga perlu dihargai. Selalunya apa yang ada dalam diri kita akan terserlah melalui penampilan luaran diri. Beberapa tips menghargai kecantikan dalaman diri anda yang aku fikirkan adalah seperti berikut:

1. Tanamkan keyakinan dalam diri
Hargailah diri anda terlebih dahulu jika anda mahu orang lain menghargai anda. Yakin dan percaya bahawa diri anda layak dihargai. 

2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
Bersenamlah secara teratur dan makanlah makanan yang berkhasiat. Dapatkan nasihat dari doktor bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil makanan tambahan atau ubat. 

3. Pertingkatkan ilmu pengetahuan
Banyakkan membaca bagi memastikan diri anda tidak ketinggalan. Pastikan diri anda penuh dengan ilmu pengetahuan berguna, bukan hanya informasi hiburan dan gosip semata-mata. 

4. Rawatlah diri dengan baik
Selain daripada kebersihan luaran, kebersihan dalaman juga penting untuk kecantikan dalaman. Contohnya elakkan bau mulut dan bau badan kerana ianya akan mencacatkan penampilan diri anda.

5. Senyumlah dengan hati yang ikhlas
Senyuman mampu membuatkan anda merasa ceria dan ianya ternyata mampu membangkitkan rasa gembira di hati. Senyuman juga akan menyerikan wajah anda dan orang di sekeliling anda. 

6. Menjaga kehormatan diri 
Pilihlah pakaian yang sopan dan elakkan berkawan dengan orang yang negatif. Kebiasaannya, kawan baik kita mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. 

7. Biasakan diri bercakap dengan sopan
Gunakan perkataan seperti 'tolong', 'mohon' atau 'minta maaf' di dalam perbualan kita. Elakkan menggunakan perkataan yang kesat dan mencarut. 

8. Perluaskan pergaulan 
Jauhi sifat sombong dan jangan beranggapan anda bersendirian. Luangkan masa untuk berkomunikasi dan belajar untuk mendengar serta memahami insan lain. Namun, elakkan bergurau secara berlebihan terutamanya dengan berlainan jantina. 

9. Pastikan hati dan fikiran sentiasa positif
Elakkan sifat negatif seperti marah, benci dan dengki. Bagi yang beragama Islam, jagalah hubungan anda dengan Allah SWT. 

Selamat mencuba..

^_^

16 February 2013

10 Tips Awet Muda

Assalamualaikum,

Memiliki rupa paras yang sentiasa awet muda menjadi idaman setiap insan. Tidak hairanlah mengapa ramai individu yang sanggup berhabisan duit untuk mengekalkan kecantikan. Sehingga ada juga individu yang sanggup mengamalkan amalan khurafat iaitu memakai susuk untuk kelihatan cantik di mata manusia lain.

Bagaimanakah cara untuk kekal awet muda? Sebenarnya anda tidak perlu mengamalkan amalan khurafat atau berhabisan duit. Di sini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh kita amalkan bersama. 

1) Bangun Tidur
Tips Awet Muda
  • Baca doa selepas bangun tidur dan jangan terus gosok gigi. 
  • Selawat 3 kali dan masukkan sedikit air suam ke dalam mulut anda. Biarkan air dalam mulut selama 10 saat sebelum ditelan. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang bermanfaat kepada sistem percernaan kita. 
  • Kemudian barulah anda boleh menggosok gigi seperti biasa. 

2) Mandi
Tips Awet Muda
  • Mulakan mandi dengan menjiruskan air di bahagian kaki terlebih dahulu. Seterusnya basuh bahagian lutut naik ke bahagian atas badan sehingga ke kepala. 

3) Membersihkan Wajah
Tips Awet Muda
  • Bersihkan wajah anda bermula dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. 
  • Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4) Selepas Solat Subuh
Tips Awet Muda
  • Baca surah Yusof dan minum 3 teguk air suam. Doakan semoga wajah kelihatan berseri dan awet muda.

5) Bersenam
Tips Awet Muda
  • Hirup udara segar dari luar rumah pada waktu pagi dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. 
  • Lakukan senaman ringan selama 15-20 minit.  

6) Bersolek
Tips Awet Muda
  • Amalkan setiap kali bersolek, baca selawat 3 kali di kedua tapak tangan dan rautkan ke wajah dari bawah ke atas.
  • Niatkan dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. 

7) Ketika Makan
Tips Awet Muda
  • Baca doa makan dan berhenti makan sebelum kenyang. 
  • Elakkan makan diselang selikan dengan minum air. Seelok-eloknya minumlah air setelah setengah jam selepas makan.

8) Mendekatkan Diri dengan Allah SWT
Tips Awet Muda
  • Membaca Al-Quran setiap hari dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. 
  • Amalkan solat sunat tahajud.
  • Selalu bermuhasabah diri. 

9) Melaksanakan Kerja
Tips Awet Muda
  • Mulakan sesuatu urusan dengan niat kerana Allah SWT. 
  • Bersikap tenang dan positif di dalam melaksanakan kerja. 

10) Sebelum Tidur
Tips Awet Muda
  • Baca doa tidur, Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas, Ayat Kursi, Selawat 10 kali dan Bismillah 21 kali. 
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

04 January 2012

Makanan untuk Rambut Kusam

Assalamualaikum,

Rambut adalah mahkota kepada setiap wanita. Memiliki rambut yang sihat serta cantik berkilau pasti menjadi idaman setiap wanita. 


Selain daripada penjagaan luaran, tabiat pemakanan seimbang serta nutrien penting akan menghasilkan rambut yang sihat. Berikut nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh rambut anda:

1) Besi
Fungsi : Membawa oksigen yang mencukupi ke rambut. Kekurangan zat besi mengakibatkan kekurangan oksigen pada rambut dan ubun-ubun.
Sumber makanan : Daging merah dan sayuran berdaun gelap.

2) Zink
Fungsi : Mencegah rambut gugur dan membantu membina protein rambut.
Sumber makanan : Daging dan makanan laut.

3) Tembaga
Fungsi : Diperlukan dalam proses pigmentasi rambut sehingga rambut akan bewarna semulajadi.
Sumber makanan : Kerang-kerangan, hati, sayur-sayuran segar, kekacang dan daging.

4) Vitamin A
Fungsi : Mencegah keguguran rambut.
Sumber makanan : Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak dan contaloupe.

5) Protein
Fungsi : Membina blok rambut.
Sumber makanan : Daging dan makanan laut.

6) Vitamin B dan Vitamin C
Fungsi : Melancarkan peredaran darah serta menguatkan rambut. Pertumbuhan rambut menjadi lebih baik dan setiap helaian rambut menjadi lembut, tidak terputus serta warna tidak kusam. 
Sumber makanan : Buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan strawberi kaya dengan vitamin C serta sayur-sayuran berdaun gelap. 

7) Vitamin E
Fungsi : Merupakan antioksida yang menghasilkan kulit yang sihat dan membaiki jaringan kulit yang baik untuk pertumbuhan rambut. 
Sumber makanan : Minyak sayur kekacang dan hati.

8) Asid lemak dan air
Fungsi : Rambut memerlukan nutrien asid lemak dan air mencukupi untuk pertumbuhan yang baik.
Sumber makanan : Asid lemak Omega 3 dari ikan Salmon dan Tuna.